Gua suke tgok budak baju biru tu gelak. .haha
Monday, 30 July 2012
Sunday, 29 July 2012
Aneh: Pokok Pisang Bertandan 5

KAMPUNG KUBANG BATANG (Tumpat) - Seorang warga emas di sini, terkejut apabila pokok pisang yang ditanam berdekatan rumah menantunya mengeluarkan lima tandan dan mempunyai lima jantung.
Warga emas berkenaan, Che Amat Che Mahmud, 70, berkata, dia menyedari kejadian pelik ini empat hari lalu ketika membersihkan kawasan pokok pisang itu.
Menurutnya, pada mulanya hanya tiga tandan kelihatan, tetapi selepas itu kelihatan dua dari tandan tersebut bercabang pula menjadikan lima kesemuanya.
“Pakcik tidak mengetahui spesies pokok pisang ini kerana benihnya dari Sabah, namun buah yang keluar itu seakan buah nangka.
“Pokok pisang ini dibawa pulang oleh menantu saya, Saupi dari Sabah. Kalau berdasarkan cakapnya, pokok pisang ini berasal dari Bugis,” katanya.
Menurutnya, pada mulanya dia tidak yakin pokok pisang ini boleh hidup subur kerana akarnya pendek seperti dipotong.
“Bagaimanapun selepas dijaga rapi, ia berbuah tetapi agak pelik kerana mengeluarkan lima tandan,” katanya.
Menurutnya, kejadian pelik itu menyebabkan pokok pisangnya sering menjadi tumpuan orang ramai untuk melihat kekuasaan Allah.
“Pakcik akan biarkan pokok pisang ini berbuah hingga masak, buahnya lebat di setiap tandang walaupun di tandan yang bercabang,” katanya.
Sunday, 22 July 2012
Nama Aku Isnin bin Selasa
Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa... .adapun aku dilahirkan pada hari Khamis,sampai ke hari nie aku tak tau apesal bapak aku bagi aku nama tue... maybe hari isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini dier merangkap mak aku kot... mana lah aku tau kisah cintan cintun diorang nie... takde kuasa aku nak tau... baik aku cerita pasal aku..tak gitu...
Dan untuk pengetahuan kau... seperti yg kau lihat... dan sememangnya tidakdinafikan lagi... aku dilahirkan sehensem-hensem umat... kerana itulah jugak .. berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang... .siap ada listing lagik... tapi ada satu bende yang sedih... .setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku... aku pun tak tau apsal.
Intan, awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong simpang,Taiping, Perak. Dier nie lain sket sebab aku dah janji dgn diri aku. . dier le awek aku yg paling last... muktamad dah nie... surat menyurat takkan dilayan... ..kalo intan tinggalkan aku... .cam awek awek aku yg dulu. sumpah aku tak nak kahwin...
Bende yang aku nyampah tue jadik jugak..setiap kali keluar dating kat taman tasik taiping... .intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku bawak motor kriss aku yang dah tak rupa macam kriss dan jugak tak bershape macam keris.. macam macam dier komplen..dier tau aku keje sebagai driver... takkan takde kete... bawaklah kereta awak tu.. takkan nak terperap kat rumah je... tak syok la naik moto..rambut berserabut lar..muka cair la... kain terselak la...malu nanti orang tengok la.. tak buleh nak seksi la...
Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete aku... sure itulah kali last aku akan jumpa Intan... ..intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus... berdesing telinga aku ... aku cakap kat dier... .baiklah... .esok aku akan datang naik kete besar..jauh lagi besar dari kete mesedis...
Seperti yang ku jangka..itulah kali terakhir aku berdating dgn.Intan... intan terus mengahaibkan diri... ..aku dah agak dah mesti terjadi punyer... ... . cuma satu je yang aku nak bagi nasihat kat korang korang semua ..especially depa yang pernah jadi awek aku... or bakal awek aku... jgn korang pandang hina kat orang yang
keje cam aku nie... .satu hari nanti.
Ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie...
Yang Benar
Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian Kuala Sepetang
Taiping Perak...

Video Seekor Tupai Mempertahankan Bangkai Rakannya Daripada 3 Ekor Gagak
LONDON - Seekor tupai sanggup berhadapan bahaya demi mempertahankan bangkai rakannya daripada menjadi hidangan sekumpulan burung gagak, lapor sebuah akhbar semalam.
Sekumpulan burung gagak itu terpaksa melupakan niat untuk menjadikan bangkai seekor tupai yang mati kerana terdapat seekor tupai yang tidak membenarkan haiwan itu memakannya.
Klip video itu dapat dilihat di laman YouTube dan ia telah ditonton oleh lebih 500,000 penonton.
Dalam rakaman tersebut, tupai itu melompat sambil menggerakkan ekor bagi memberi isyarat supaya burung gagak itu beredar.
Namun, seekor demi seekor gagak mendekati bangkai itu.
Tupai itu kemudian berdiri dan dilihat berbaring di tepi bangkai rakannya seolah-olah ia bersedia untuk menerkam burung gagak menyebabkan haiwan berkenaan melupakan hasrat untuk memakannya. - Agensi
Pelik, Ibu Kucing Bersahabat Dan Menyusukan Anak Tupai
Ibu Kucing Ini Jelas Kesedihan Melihat 4 Ekor Anaknya Mati Diseksa

Ibu kucing menjilat anak-anak itu, dengan harapan ia akan memulihkan mereka. Menurut keluarga yang telah memeluk kucing sesat, pada pagi ke-11 apabila mereka mendengar laungan kucing, mereka bergegas turun dan menemui empat anak kucing telah mati, dan juga diletakkan di hadapan ibu kucing. Badan-badan anak-anak kucing itu telah dilitupi dengan lubang peluru, dengan darah di seluruh badan. Salah satu anak-anak kucing itu mempunyai leher yang diikat dengan tali dan memanjang, dada dipotong terbuka, hati yang terdedah, manakala kepala tiga kucing lain dipijak.
Air Sungai Di China Bertukar Merah Darah
Awal minggu ini, Sungai Jian yang merentasi bandar Luoyang, Henan wilayah di bahagian utara China menggemparkan orang ramai apabila bertukar warna merah berdarah.
Media tempatan mula menerima panggilan telefon panik daripada rakyat pada pagi Selasa mengatakan bahawa air Sungai Jian berhampiran kejiranan mereka bertukar menjadi merah darah semalaman.
Pemandangan sungai yang agak mengerikan itu berterusan selama hampir dua hari sebelum pegawai-pegawai kerajaan tempatan berjaya mengesan punca warna air sungai itu berubah.
Ia disebabkan
end typing pencemaran dari bengkel haram yang menyalurkan pewarna merah ke dalam punca rangkaian paip bandar yang berhubung dengan sungai.
Biro Perlindungan Alam Sekitar Bandar Luoyang memotong bekalan kuasa bengkel itu dengan segera dan menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh, agensi berita Xinhua melaporkan.
Pekerja di bengek itu berkata: pada 12 Disember, mereka telah membilas beberapa lambakan beg plastik merah untuk kitar semula tetapi tidak menjangka akibatnya seperti itu," kata akhbar Xinhua.
Beg plastik yang dibilas itu dikesan dihantar berhampiran Mengjin County ke sebuah bangunan kecil pemprosesan kimia. Loji kimia itu telah dituduh secara haram mengeluarkan pewarna merah untuk digunakan sebagai pembalut bunga apiuntuk Tahun Baru Cina yang akan datang.
Keputusan makmal dari Biro Perlindungan Alam Sekitar menunjukkan bahawa walaupun warna merah itu mengerikan seperti "air berdarah" tetapi ia tidak mengandungi sebarang logam berat atau organik, atau unsur-unsur beracun.
Air sungai kepada warna biasa pada malam Khamis, menurut laporan Xinhua.
Penduduk Luoyang berkata: "perubahan warna Sungai Jian kerap berlaku kerana pelbagai pencemaran dan sampah domestik kerap dibuang di dalam atau di sepanjang sungai. Ia pernah bertukar menjadi warna hijau tua sebelum ini."
Majalah Di Perancis Perlecehkan Nabi Muhammad S.A.W..
Majalah itu dinilai melecehkan Islam kerana menghina kemenangan kelompok Islam di Tunisia dan juga Libya lewat sebuah revolusi. Kandungan dari majalah yang terbit setiap minggu ini pun berisikan lawak tentang Islam. Demikian seperti diberitakan Daily Mail, Rabu (2/11/2011).
Di halaman belakang, digambarkan pula susuk Nabi Muhammad dengan menggunakan hidung merah seperti badut dan berkata, "Ya, Islam sejajar dengan humor."
"Lawak ini tidak lucu, majalah ini juga dengan sengaja memprovokasi kemarahan dan ketidakbahagiaan umat Muslim, pembaca dari majalah ini tentunya akan melontarkan pandangan negatifnya. Bila majalah ini ditulis dengan tema Kristian, tentunya umat Kristian juga akan marah," ujar Aktivis Islam Perancis Ahmed Dabi.
Meski demikian, pihak dari majalah ini mengatakan, dirinya tidak merasa membuat sebuah tulisan yang provokatif.
"Kami memandang ini sebagai pekerjaan rutin kami. yang paling berbeza adalah munculnya sang nabi dalam sampul depan. Ini mungkin menjadi hal yang cukup langka," ujar juru cakap Sharia Weekly.
Pada 2007 lalu, pengadilan di Paris juga menolak saman yang diajukan oleh dua organisasi Islam di Perancis yang mendakwa Charlie kerana mencetak gambar kartun dari Nabi Muhammad yang muncul di suratkabar Denmark.
Sekira enam juta warga Muslim hidup di Perancis dan mereka pun merupakan kelompok terbesar di Eropa Barat. Insiden kartun Nabi Muhammad tersebut sangat membuat warga Muslim Perancis berang.
10 Kemalangan Yang Termahal Di Dunia
Karamnya Titanic mungkin tragedi yang paling terkenal didunia, Hollywood pernah menghasilkan filem dari kejadian ini. Pada jam 11:40 malam 14 April 1912, peninjau kapal ini mengesan sebuah aisberg yang besar ketika berlayar di 400 batu ke selatan Grand Banks of Newfoundland. Tragedi Titanic melanggar aisberg semasa membuat trip percutian pertama mengorbankan 1500 hartawan. Kapal ini melibatkan kos $7 Juta untuk dibina dan antara yg paling mewah dan mahal ketika itu.($150 Juta Sekarang)
9. Tanker Truck vs Bridge ($358 Juta)
Pada 26 Ogos 2004 sebuah kereta berlanggar dengan sebuah lori tangki yang membawa 32 ribu liter minyak di Whiethel Brigde di Jerman. Lori tangki tersebut merempuh pagar dan terjatuh 100 kaki ke bawah Jambatan Authobahn Highway menyebabkan letupan besar yang memusnahkan “load-bearing” jambatan tersebut. Kerja2 sementara untuk membaiki Jambatan ini melibatkan $40 Juta dan kos menukarkan jambatan $310 Juta.
8. MetroLink Crash ($500 Juta)
Ianya berlaku pada 12 september 2008, jam 4.22 petang di daerah Chatsworth, Los Angeles telah dicatatkan sebagai kejadian kemalangan keretapi paling buruk di dalam sejarah California di mana 25 orang terbunuh dan 135 yang lain cedera. Kejadian berlaku apabila keretapi barang Union Pacific bertembung berhadapan dengan keretapi komuter Metrolink. Keretapi Metrolink dipercayai melanggar isyarat merah sebelum memasuki trek di mana keretapi barang berkenaan berada. Ianya berpunca dari kesilapan konduktor yang cuai membalas SMS serta tersalah memasuki laluan semasa pertukaran rail di Stesen California. Tindakan undang-undang dijangkakan melibatkan nilai lebih $500 juta.
7. B-2 Bomber Crash ($1.4 Billion)
B-2 Stealth Bomber. Ianya merupakan Pesawat Pengebom US Airforce paling mahal yang pernah dibina. The Spirit of Kansas ini pernah diterbangkan selama 5,176 jam. Dua orang krew yang sedang mengendali pesawat berkenaan terselamat sebelum ia terhempas. Kemalangan B-2 bomber berlaku di Guam Airbase pada Februari 2008 sejurus sahaja ianya berlepas. Pasukan penyiasatan membuat kesimpulan, ianya disebabkan oleh “Flight Computer System” dimana data arahan secara tiba-tiba mengarahkan Pesawat membuat “nose-up move” menyebabkan ianya hilang kawalan dan terjatuh. Ianya melibatkan sebuah B-2 Bomber dari 21 buah yg pernah dibina oleh US.
6. Exxon Valdez ($2.5 Billion)
Pada March 1989, Tumpahan lebih 10.8 juta gelen minyak di Teluk Prince William yang hanya boleh diakses hanya dengan bot dan helikopter. Ianya merupakan tumpahan minyak paling dahsyat dalam sejarah dunia moden. Kos pemulihan melibatkan $2.5 Billion yang ditanggung oleh Exxon.
6. Exxon Valdez ($2.5 Billion)
Hari terburuk dalam sejarah minyak dunia. Ketika itu Piper Alpha Oil merupakan pengeluar minyak terbesar didunia dgn menghasilkan 317,000 per tong sehari. Kebakaran Pelantar Minyak paling buruk pernah terjadi di dunia ini terjadi pada 6 Julai 1988 kerja-kerja maintenance teknikal oleh Jurutera melibatkan lebih 100 “tiub valve” yang menyalurkan gas cecair. Kesilapan terjadi apabila salah seorang Technician terlupa untuk menukar 1 daripadanya. Pada pukul 10 malam, operasi itu dimulakan seperti biasa, apabila butang ditekan oleh pekerjanya, satu letupan dahsyat yang merekodkan sejarah dunia terjadi. Dalam masa 2 jam keseluruhan pelantar meletup dan terbakar menyebabkan 167 kehilangan nyawa.
6. Exxon Valdez ($2.5 Billion)
Pada 28 Januari 1986, NASA melancarkan Misi Kapal Angkasa Challenger, 73 saat selepas pelancaran ianya meletup di ruang udara. Hasil penyiasatan, ianya berlaku disebabkan faktor teknikal “faulty O-Ring” dimana ianya gagal untuk melindungi satu bahagian penyambungan, menyebabkan tekanan kepada Liquid Gas didalam tangki. Overload pada tekanan gas menyebabkan ianya keluar dan berlaku letupan yang dahsyat. Kos untuk menukarkan Space Shuttle tersebut, penyiasatan, pertukaran kelengkapan telah memakan kos hampir $5 billion.
3. Prestige Oil Spill ($12 Billion)
Pada 13 November 2002, Kapal yang dinamakan “The Prestige” membawa 77,000 tan minyak mentah dan kejadian bermula apabila 1 daripada 12 tangkinya meletup disambar kilat di perairan Galicia, Sepanyol. Akibat risau kapal akan tenggelam menyebabkan kapten meminta pertolongan dari pihak keselamatan Sepanyol untuk membawa kapal tersebut ke Pelabuhan berdekatan, tetapi pihak keselamatan tidak menghiraukan pertolongan dari kapten kapal The Prestige malah mengarahkan kapal itu keluar dari perairan mereka. Kapten kapal telah memohon pertolongan dari pihak keselamatan Perancis dan Portugal perkara sama juga terjadi. Laut semakin bergelora dan kapal Prestige itu tidak dapat diselamatkan ianya tenggelam ditelan laut menyebabkan 20 juta gelen minyak mentah ditumpahkan ke laut. Kos keseluruhan pemulihan sehingga kini masih dihitung dan dipercayai berjumlah $2.5 billion.
2. Space Shuttle Columbia ($13 Billion)
Masih anda ingat dengan kemalangan Kapal Angkasa Columbia? Ianya musnah ketika memasuki ruang udara bumi selepas melakukan ekspedisi angkasa di ISS pada 1 Februari 2003. Hasil penyiasatan menunjukkan kerosakan kecil di bahagian pelindung haba di sayap kiri Columbia menyebabkan ianya gagal menahan kesan suhu tinggi ketika memasuki ruang udara Texas akibat kelajuan yang terlampau tinggi. Semua 7 anggota crew STS-107 tersebut terbunuh. Kos membina Kapal Columbia yang berjumlah $2 bilion pada 1978 ($6.3 billion jumlah kini). $500 juta dihabiskan utk tujuan penyiasatan serta mencatatkan sejarah sebagai kos penyiasatan paling tinggi didunia.
1. Chernobyl ($200 Billion)
Pada April 1986 telah berlakunya malapetaka paling buruk di dalam sejarah dunia moden. Letupan Reaktor Nuklear Chernobyl, ianya kemalangan paling berkos tinggi di dunia. 50% kawasan Ukraine di Barat Russia terpaksa dikosongkan. Lebih 1.7 juta manusia mendapat kesan dari malapetaka ini, termasuklah mereka yang mendapat efek seperti kanser disebabkan radiasi. Beberapa tahun kemudian, dianggarkan 125,000 orang. Letupannya dianggarkan 400 kali lebih dahsyat dari bom yang dijatuhkan di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua. Kemalangan di Chernobyl ini, menyebabkan prosedur dan standard keselamatan melibatkan Reaktor seluruh dunia dirombak dan diberi kajian semula.
Fenomena Laut Terbelah Dua
Fenomena laut terbelah dua adalah satu perkara yang jarang berlaku. Namun kisah di bawah ini tetap tidak dapat menandingi kisah Nabi Musa yang membelah laut ketika dikejar oleh tentera Firaun. Kejadian laut terbelah ini berlaku di Pulau Jindo, wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan. Pulau ini adalah yang ketiga terbesar di negara itu dan terletak berhampiran pulau Jejudo dan Geojodo.
Bayangkan dalam tempoh sejam, anda dapat menyaksikan kekuasaan Ilahi apabila lautan yang sebelum ini dipenuhi air dan secara tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter.
Saturday, 21 July 2012
Bahtera Nabi Noh Dan Terbelahnya Laut Merah Terlihat di Google Earth
Berbagai peristiwa penting yang tersurat dalam sejarah agama Samawi, baik Kristen dan Islam seperti ketika laut merah terbelah oleh tongkat Nabi Musa yang dikejar oleh bala tentara Fira’un juga momen ketika bumi tenggelam oleh air dan Nabi Nuh (Noah) selamat dengan perahu yang sudah dipersiapkan mampu dilihat di Google Earth.
Setidaknya itulah yang ada dalam benak fikiran seorang seniman yang membayangkan semua peristiwa itu terlihat dan tergambar dari foto satelit Google Earth. Adalah James Dive yang berusia 31 tahun asal Sydney Australia menggabungkan keahlian dan kemampuan corak grafik 3 Dimensi merancang karya gambar seni yang ada di Al-Kitab tersebut dengan visualisasi penampakan layaknya Google Earth.
Dive menggabungkan gambar asli Google Earth dikombinasikan dengan hasil olah modifikasi grafik scene lainnya sehingga benar-benar seolah olah nyata dan hidup.

Thursday, 19 July 2012
Nak Gaji RM476.52 Sehari? Baca Sini !
WASHINGTON, Amerika Syarikat - Seorang imigran dari Peru, Gustavo Carpio memperoleh pendapatan sebanyak AS$150 (RM476.52) sehari dalam musim panas kerana mengilat kasut di depan kafe Starbuck di Washington D.C.
Dia juga boleh memperoleh pendapatan sebanyak AS$100 (RM317.68) sehari sepanjang musim sejuk. Carpio mengilat kasut di depan kedai Starbuck yang terletak beberapa blok bangunan dari White House.
Menurutnya, dalam tempoh dua tahun, pelanggannya meningkat dua kali ganda. Seorang ahli perbankan, Bruce Neal kerap duduk di bangku Carpio yang mengenakan bayaran AS$7 (RM22.23) untuk mengilat sepasang kasut dan AS$10 (RM31.76) bagi but.
"Gus (Carpio) adalah yang terbaik (mengilap kasut)," kata Neal
.
Wednesday, 18 July 2012
10 Cara Pikat Hati Wanita
Weee~~~rajin plak aku nak share tips dengan korang.Cara-cara nak pikat hati wanita lagik.Jinak - jinak merpati, datang dekat ia lari. Begitulah perumpamaan yang sering dikaikan dengan sikap wanita.Ada yang kata wanita sukar didekati, namun ada yang menyifatkan wanita sebagai mudah dicari jika mereka menurut hawa nafsu yang sembilan itu.Apa pun caranya, aku nak kongsi tips cara memikat gadis yang korang minat.
1.TETAP DENGAN CARA ANDA
Tak usah berpura-pura depan dirinya.Apatah lagi, jika korang terpaksa mencari identiti baru semata-mata mahu memikat dirinya.Tindakan ini sudah pasti akan menyusahkan diri korang sendiri.
2.BERTINDAK SPONTAN.
Ini kerana idea yang spontan dilihat sangat kreatif di mata seorang wanita. Ia menambahkan lagi saham.Bila keluar bersamanya,rancanglah perkara-perkara yang menarik supaya dapat memikat hatinya.
3.BERTEGAS DENGAN APA YANG KORANG LAKUKAN.
Salah satu karakter yang mungkin boleh diguna pakai ialah ketegasan korang.Jika korang menyatakan minat hendak mendampinginya,berusahalah memikatnya.Apa saja halangan perlu korang tempuhi, anggap saja sebagai mudah dan tunjukkan kesungguhan korang itu.
4.RANCANG SESUATU YANG MENARIK.
Rancanglah sesuatu apabila korang ingin keluar berdua.Jangan menunjukkan sikap kelam kabut dan tidak tentu arah. Ingat, kadangkala peluang tidak akan datang berkali-kali. Bila korang melakukan satu kesilapan bermakna korang melepaskan peluang mengenali dirinya.
5.UTAMAKAN DIRINYA.
Wanita mencari lelaki yang boleh menyayanginya sepenuh hati, menjaganya dengan baik, mencintainya dengan penuh kasih sayang.Jadi apabila korang berjaya mencuri hatinya, jagalah dengan baik.Jangan abaikan dirinya walaupun sibuk kerana apabila perasaan terluka maka korang mungkin boleh kehilangannya.
6. BERCERITA TOPIK YANG DIMINATI
Kalau dia tidak meminati bola, jangan sesekali korang bercerita tentang bola keoadanya. Ia akan hanya membisankan.Sebaliknya cuba selami apa yang diminatinya.Lebih bagus,jika gadis yang korang minat mempunyai minat yang sama dengan korang, lebih mudah berbicara.
7.MENJAGA KETERAMPILAN DIRI.
Jangan penampilan selekeh, jaga cara korang berpakaian,kekemasan rambut dan sebagainya.Ini kerana gadis yang korang nak kenal mungkin anak kepada golongan tertentu atau yang menjaga penampilan diri.
Jadi kalau penampilan korang jauh beza,maka akan dilihat sebagai satu perbezaan cara dan gaya hidup.Oleh itu korang perlu menjaga penampilan diri kerana manusia sekarang suka memandang luaran.
8.TIDAK TERLALU BERLEBIHAN-LEBIHAN
Ada pelbagai cara untuk memikat.Tapi kalau berlebihan pasti akan membosankan wanita yang korang minati.Sebaiknya sederhana dalam segala hal.Jangan terlalu berlebihan kerana korang mungkin dibenci kerana sikap itu.
9.TUNJUKKAN KASIH SAYANG
Kata orang, satu cara hendak menambat hati suami, ikat dahulu perut dan nafsunya. Itu mungkin kepada lelaki tetapai wanita?.Wanita sangat kalah dengan kasih sayang. Bila korang menunjukkan sikap mengambil berat tentang dirinya, bermakna korang sudah memikat hatinya.
10.KELAINAN DIRI
Satu lagi cara ialah dengan memperlihatkan kelainan diri korang.Memang ramai lelaki romantis tetapai adakah korang lelaki romantis berhidung belang? Kalau korang camtue bermakna korang hanya mampu menjerat wanita yang bukan baik hati budinya. Jadi tunjukkan di mana keistimewaan korang yang tiada pada lelaki lain.
So, korang yang lelaki2 idaman malaya. Moga tips ini membantu korang dapat wanita pujaan. Hati wanita kan macam kerak nasi, lelama kena air mesti lembut punya.Layaaaanssss.
Sharing Is Caring.
Hebat! Tangga Yang Mempunyai Bangku Yang Awesome
Memang cool habis,tangga ni diletak di laluan pejalan kaki di lampu isyarat dan bangunan.
Serius cool, sapa yang nak berenti amik gambaq pemandangan atau amik gambaq sambil dok rest atas tangga tu yang siap ada dgn kerusi lagi bolehlah cuba tengok2..
Mana tau kot2 satu hari port pelancongan paling penting di Malaysia ni akan ada camni.memang sangat sesuai kepada semua orang yang memang gila bergambaq dan memang dah jadi trend dah orang kita ni suka amik gambaq tak kira dimana saja yang depa suka, kes tu dalam toilet pon jadi.

kesimpulan yang dapat dilihat disini adalah,mungkin kerusi ni untuk polis trafik yang mengawal lalulintas di sana dan nak tengok ada dak orang nak melintas jalan tanpa menggunakan kawasan untuk pejalan kaki.
Kalau ada kat Malaysia dan polis kena dok ataih ni, mau rentong gak la..panaih kot dengan asap lori hantu lagi.
Kalau ada kat Malaysia dan polis kena dok ataih ni, mau rentong gak la..panaih kot dengan asap lori hantu lagi.
Seorang Ayah Sanggup Sembelih Anak Demi Ilmu Hitam
Seorang lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai sedang belajar ilmu hitam, telah menyembelih anaknya sendiri yang berusia lima tahun di sebuah kampung di daerah Karawang, Jawa Barat pada Ahad.
Polis bagaimanapun belum dapat memastikan sama ada pembunuhan kanak-kanak perempuan di Desa Pasirkamuning itu ada kaitan dengan ilmu hitam yang dikatakan sedang beliau pelajari itu atau kerana gangguan psikologi.
Mayat kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan mengerikan dalam sebuah bilik di rumahnya, pada Ahad dan bapaknya dipercayai menyembelihnya dengan sebilah pisau pemotong daging ketika ia sedang tidur.
Laporan menyebutkan bahawa sebelum membunuh anak perempuannya, lelaki itu telah pergi ke salah satu daerah di Sukabumi untuk berguru ilmu hitam, namun selepas pulang rumah beliau kelihatan seperti mengalami tekanan mental.
Setelah menghabiskan nyawa anak kandungnya, lelaki itu telah memanggil sejumlah jiran tetangganya dan meminta wang untuk membeli kain kafan.
Pada masa itu, jiran-jiran yang menyahut panggilan lelaki itu telah juga diancam akan dibunuh.
Lelaki itu kemudian menyuruh salah seorang jiran membeli kain kafan di pasar, tetapi jiran itu terus membuat laporan mengenai kejadian itu ke balai polis sehingga beliau ditangkap.

Sunday, 15 July 2012
Kisah Volkswagen Kuning Yang Menyeramkan
Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.
Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.
Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (berketurunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.
Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.
Kisah ini juga telah difilemkan dalam filem seram yang berjudul ” Volkswagen Kuning ” arahan Shahidan Kassim.Filem ini berkisarkan kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang – Bukit Meru.
Ada setengah pihak mengatakan bahawa kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Jelapang – Bukit Meru adalah berpunca daripada Volkswagen Kuning.
Kisah Benar dan Seram Di Sebalik Penutupan Penjara Pudu!
Artikel ini bertujuan bagi mengungkap peristiwa di sebalik kejadian penutupan Penjara Pudu tidak lama dulu. Apakah rahsia sebenar yang berlaku disebalik penutupan nya yang secara tiba-tiba. Walhal, penjara pudu sama sekali tidak harus dirobohkan memandangkan ia adalah hasil tinggalan sejarah lama. Tahu kah anda apa kah rahsia atau kejadian yang pernah berlaku sebelum keputusan untuk merobohkan Penjara Pudu di Kuala Lumpur ini di laksanakan?
Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "BilikTerakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIKTERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah bera tsebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.
Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.
Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati di tali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.
Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.
Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, "Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaa".. "Ahmad Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha HaHa " Yaaaaaaa, Ahmad Albab yangpunyaaaaaa ... "Tahniah kerana minat membaca. P/s: aku pun terkena... so apa salahnya foward kat org lain lak kan ....hahahaha!

Aksi Gila! Seorang Lelaki Menjinak Seekor Buaya Gergasi
Gambar-gambar ini sungguh mengagumkan. Seorang lelaki bermain-main di dalam air dengan buaya raksasa. Dulu buaya itu pernah hampir terbunuh dan dia sembuhkan. Nama lelaki hebat ini adalah Chito, dan buaya besar itu dinamainya Pocho ..!
Dua puluh tahun lalu Chito mencari buaya ini di sungai dengan keadaan tenat, terluka bekas tembakan senjata api. Dia menaikkan buaya besar itu ke perahunya dan dibawa ke rumah, lalu dia ubati lukanya.
"Setiap malam aku tidur di sebelah Pocho ketika dia terluka. Aku melayannya dengan penuh kasih sayang," kata Chito.
Memerlukan lapan tahun sebelum Chito benar-benar boleh menawan buaya raksasa Pocho. Sekarang dia sudah boleh dengan bebas berenang bersama Pocho di kolam. Semasa memberikan makanan pun Chito terus masuk ke dalam air. Tarikan persahabatan manusia dengan buaya ini menjadi tontonan pelancong.!
Ternyata Binatang Buas Pun Boleh Jadi Sahabat Kita Jika Kita Memperlakukanya Dengan Tulus dan Rasa Sayang
Subscribe to:
Posts (Atom)