Mengganti plat belakang kereta dengan logo peribadi sepertinya bukan idea yang baik untuk memandu di mana-mana negara, bahkan jika dirimu adalah seorang superhero terkenal.
Rabu Lepas, nampaknya bukan hari yang baik bagi si raja Kalawar, polis memberhentikan keretanya kerana mereka tidak menemui plat nombor dipasang di bahagian belakang, di tempat yang seharusnya untuk plat kereta, polis hanya menemui logo Batman. Para pengguna jalan merakam pemandangan unik ini yang terjadi pada Rabu lepas di Maryland.
Lelaki yang tak disebutkan namanya tersebut (tapi yang jelas bukan bernama Bruce Wayne) disoal siasat sebentar sebelum akhirnya dibebaskan. Polis hanya memberi lelaki ini dengan teguran dan dibebaskan dari surat saman. Bukan kerana ia seorang Batman, tapi kerana niat baiknya yang ingin memberi kejutan dan hiburan kepada anaknya yang waktu itu sedang terbaring sakit di rumah sakit.
Happy Ending.


No comments:
Post a Comment